4 January 2012

Mesyuarat Pengurusan SKFRM Kali 1 2012

SK Felda Rimba Mas, Perlis (SKFRM) telah mengadakan mesyuarat pengurusan pertamanya pada 2 Januari, iaitu kelmarin. Semua guru hadir. 10 orang adalah guru baharu -  hampir semuanya adalah guru "re-deployment" JPN,  keluar 7 - 10 masuk, termasuklah saya.

Saya adalah Guru Pendidikan Islam, mengajar Pendidikan Islam Teras, Tahun 1KSSR, Tahun 2KSSR, Tahun 4, Tahun 5 dan juga Prasekolah. Jumlah waktu mengajar ialah 31 waktu seminggu, bersamaan 930 minit (Pendidikan Islam = 24 waktu, Prasekolah = 4 waktu, Tasmik = 2 waktu dan Perhimpunan = 1 waktu).

Yang paling best, saya dilantik sebagai Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. SuD'ah itu kehendak pentadbiran - terima ja la - malas nak bising-bising.

Harap-harap pihak sekolah faham bahawa saya BUKAN guru bimbingan dan kaunseling SEPENUH MASA.
Harap-harap pihak JPN&JNJK pun tentu memahami. Faham-faham lee...

Maka, akan bermulalah catatan saya sebagai guru B&K.....

Perlukah aku  buat sesuatu...????  SILA BERI KOMEN kat "comments" di bawah.

No comments:

Post a Comment