19 November 2012

UPSR 2012

Hari ini keluar keputusan UPSR.

Harap-harap keputusan UPSR SKfRM meningkat.
Kalau taaaaaakkkkk....

Terima Kasih Cikgu!

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) 2012

Alhamdulillah...

SPPBS Pendidikan Islam Tahun 2 Cemerlang dan 1 Cemerlang selesai dikemaskini...

Jumlah Kod Evidens untuk Prestasi Pendidikan Islam KSSR ialah:
  • Tahun 1 = 52 evidens
  • Tahun 2 = 127 evidens

7 November 2012

Exam Semester 3 PJJ PPG Ambilan 2011

Minggu ni minggu exam, dari 6 hingga 9 November 2012.

Pastu ada kursus Peningkatan Profesionalisme (Mukhayyam), anjuran IPGK Darulaman, mula dari 10 hingga 12 November 2012 kat Bkt Mertajam... Hotel Summit..

Minggu ni ana tak dak di SKfRM laaa...

24 October 2012

Hari Keusahawanan SKfRM 2012

Tarikh : 24 Oktober 2012
Tempat : Dewan Terbuka, SK Felda Rimba Mas, Perlis
Masa : 9.45 ~ 11:45 pagi
Anjuran : Panitia Kemahiran Hidup
Disempurnakan oleh : Tuan GB SKfRM


23 October 2012

Ihtifal Program Bina Juara-juara SPI Perlis 2012

Tarikh : 22 Oktober 2012 (Isnin)
  • Mesyuarat JK Kerja PBJJ 2012
  • Hantar design Banner dan Cover Buku Program
  • Majlis akan berlangsung pada - 3 November 2012 (Sabtu), SK Tambun Tulang. 
 

22 October 2012

BIG PJJ PPG Ambilan 2011

Tarikh : 19 dan 20 Oktober 2012 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat : SK Felda Rimba Mas, 02100 Padang Besar, Perlis
  • Perkhemahan Unit Beruniform SKFRM 2012
  • Memenuhi kehendak BIG PJJ PPG Ambilan 2011
  • Kumpulan 16 - Ghafri Puteh + Zaini Khalili + Rodhi Hamid
Terimakasih kepada pihak pengurusan SKFRM dan guru-guru.
"Saaaaaayang Semua...."

16 October 2012

JU Pendidikan Islam KSSR Tahun 3 2013

Tarikh : 16 hingga 18 Oktober 2012
Tempat : PKG Jejawi, d/a SK Jejawi, 02600 Arau, Perlis
  • Bengkel Pemurnian RPT KSSR PI T3 2013
  • Bengkel Pemurnian RPH KSSR PI T3 2013
  • Bengkel Pemurnian Instrumen KSSR PI T3 2013

15 October 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Tarikh: 15 hingga 19 Oktober 2012
  • Selamat menghadapi peperiksaan - Buat Habis Baik

14 October 2012

Lawatan Ke Cameron Highland

Alhamdulillah...
Selamat pergi dan balik.
First-time jadi ketua rombongan.
Tahniah kepada guru-guru.
Tahniah kepada pelajar.
Lain kali kita pi lagi...


Tempat lawatan:
  • 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Taman Strawberi, Bee Farm, Makan Petang kat Tanah Rata, Check-In, Pasar Malam Brinchang.
  • 14 Oktober 2012 (Ahad)
Sarapan kat Brinchang, Mardi Park, Beli Sayur, Buteterfly Park, Bee Farm, Cameronian Teh Plantation, Solat Kat Masjid Kg Raja.

10 October 2012

Lafaz Niat Solat Qasar dan Jama’

1.    Lafaz niat solat qasar serta jama’ Zuhur dan Asar Jama’ Taqdim (dalam waktu Zuhur) :

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعَصْرُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Asar pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلىَ الظُّهْرِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepada Zuhur tunai kerana Allah Taala)

2.    Lafaz niat solat jama’ Maghrib dan Isyak serta qasar Isyak Jama’ Taqdim (dalam waktu Maghrib) :

أُصَلِّي فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعِشَاءُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat
dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala)

Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Isyak pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلىَ الْمَغْرِبِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepada Maghrib tunai kerana Allah Taala) 

3.    Lafaz niat solat qasar serta jama’ Zuhur dan Asar Jama’ Ta’khir (dalam waktu Asar) :

أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الظُّهْرُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepadanya Zuhur tunai kerana Allah Taala)

Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Zuhur pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلىَ الْعَصْرِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

4.    Lafaz niat solat jama’ Maghrib dan Isyak serta qasar Isyak Jama’ Ta’khir (dalam waktu Isyak) :

أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْمَغْرِبُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah Taala)

Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Maghrib pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلىَ الْعِشَاءِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat
dihimpunkan kepada Isyak tunai kerana Allah Taala)

Wallaahu A'lam.

8 October 2012

Adab Rehlah

Pengertian

Rehlah ialah pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat. Ianya dianggap sebagai melancong, mengembara, berkhemah, menjelajah, atau melawat. Aktiviti rehlah juga boleh dilakukan ke mana sahaja. Antara tempat yang boleh dilakukan aktiviti rehlah ialah di kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, pulau peranginan dan sebagainya.

Pernahkah anda pergi berehlah? Di manakah destinasi rehlah anda? Adakah anda rasa seronok? Di manakah destinasi rehlah yang ingin kamu pergi?

Adab-adab Ketika Rehlah
  • Berhati-hati memilih tempat.
  • Pilih tempat yang sesuai dan selamat.
  • Berpakaian sopan dan menutup aurat.
  • Jauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat.
  • Rehlah kerana Allah Taala.
  • Sentiasa berwaspada terhadap keselamatan ketika melakukan aktiviti rehlah.
  • Menjaga maruah diri dan keluarga.
  • Menjaga kelakuan. Jangan menonjolkan perangai buruk anda.

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Rehlah
  • Bergaul bebas
  • Memakai pakaian yang mendedahkan aurat
  • Mengotorkan tempat rehlah
  • Merosakkan harta benda awam
  • Melakukan perbuatan maksiat
  • Tidak menghormati budaya di tempat rehlah
  • Membuat bising ketika melakukan lawatan ke muzium.
  • Melakukan kerosakan atau mengubahsuai tempat rehlah.
  • Melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Menggunakan bahasa yang kasar semasa bercakap.

Hikmah Beradab Ketika Rehlah
  • Mendapat keredhaan dan rahmat Allah.
  • Memelihara keselamatan dan maruah diri.
  • Mengambil iktibar daripada ciptaan Allah.
  • Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah.

http://amsyar-zharfan.blogspot.com/2011/12/adab-rehlah.html

8 September 2012

Teknik Menjawab dan Latih Tubi UPSR 2012

Tarikh : 7 September 2012
  • Sains - Cikgu Fauzi (GC Sains)
Tarikh : 6 September 2012
  • Bahasa Melayu - Cikgu Rosli
  • Bahasa Inggeris - Cikgu Sri Rahayu
Tarikh : 5 September 2012
  • Matematik - Cikgu Razak

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR 2012

Tarikh : 6 September 2012 ~ 19 Syawal 1433
Hari : Khamis
Masa : 7.45 ~ 9.30 Malam
Tempat : Masjid Al-Mustaqim, Felda Rimba Mas, Perlis

Anjuran : 
  • Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SKFRM 2012
  • PIBG SKFRM
Aturcara program :
  • Solat Maghrib
  • Bacaan Yasin
  • Solat Isyak
  • Solat Hajat
  • Ucapan Guru Besar
  • Jamuan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada:
  • Imam Md Khir bin Said - Imam 1 Masjid Al-Mustaqim
  • Ibubapa Murid tahun 6 2012
  • Semua yang terlibat

31 August 2012

MERDEKARAYA 2012

Sambutan Ambang Merdeka 55 dan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Tarikh : 30 Ogos 2012 (Khamis)

Aturcara:
  • Ucapan Guru Besar
  • Kibar Jalur Gemilang
  • Nyanyian Lagu-lagu Patriotik
  • Mewarna
  • Jamuan Hari Raya

29 August 2012

55 Tahun Merdeka - Lirik Lagu Tema - Janji Ditepati





























Sumber : e-book Semarak Merdeka 55

55 Tahun Merdeka

Hayati Kemerdekaan Negara Dan Kibarkanlah Jalur Gemilang

E-Book untuk muat turun:
1. Semarak Merdeka 55 Tahun - Janji Ditepati
2. 55 Tahun Merdeka - Janji Ditepati

- - -
Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/

18 July 2012

Seminar Stress 2012

Seminar Stress Warga Pendidik Negeri Perlis Tahun 2012

Tarikh : 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi ~ 4.45 petang
Tempat : BTPN Perlis (Pulai 1)
Rujukan : JPPs. SPsK 500-3/4/9(47)

Anjuran : Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK) JPN Perlis

Penceramah Jemputan:
1. Tuan Haji Engliman bin Roslan (KB.PA) ~ Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM
2. En Azmi bin Mohammad @ Suleiman ~ Pegawai Psikologi HTF Kangar Perlis

SELAMAT DATANG KE SISTEM e-total touch BPsK KPM
Kepada Pelanggan Budiman Anda mungkin merasai sesuatu yang sedang menganggu anda baik emosi, persaan, fikiran atau tindak tanduk anda ketika ini. Anda mungkin keseorangan dan tiada siapa ingin berkongsi masalah anda [Klik Banner BPsk]

Petua Seorang Guru

Kejadian Buli

Buli

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Siapakah yang sering membuli dan dibuli ?

Pembuli
  • Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
  • Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
  • Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  • Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
  • Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak. 
    Dibuli

    Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

    Kenapa mereka sering membuli
    • Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
    • Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
    • Mereka pernah menjadi mangsa buli.
    • Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain. 
    • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah displin.
    • Akibat masalah keluarga.
    • Sekadar mahu seronok.
    • Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan. 
    • Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.
      Jenis-jenis Buli

      * Buli fizikal
      • Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. 
      • Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
        * Buli mental
        • Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. 
        • Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah 
          Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?
          • Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. 
          • Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. 
          • Tindakan displin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
          • Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya. 
          • Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah. 
          • Oleh itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa

            Sumber : http://mdkt.skali.my/web/guest/buli

            Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2012

            Tarikh : 17 Julai 2012 (Selasa)
            Tempat : Tapak Perhimpunan SKFRM
            Penyertaan : Semua warga SKFRM

            Acara:
            1. Nyanyian Lagu Kebangsaan, Negeri dan Sekolah.
            2. Nyanyian lagu-lagu patriotik + kibar Jalur Gemilang
            3. 'Sajak Kemerdekaan' oleh murid
            4. 'Bacaan Sejarah Negara' oleh GB
            5. Pelancaran 'Sambutan Bulan Kemerdekaan' oleh GB
            6. Pertandingan melukis dan mewarna
            7. Tayangan filem patriotik

            * esok - 18 Julai 2012 - Kayuhan Jalur Gemilang oleh warga SKFRM sekitar Felda

            Kem Teknik Menjawab UPSR 2012

            Tarikh : 13 dan 14 Julai 2012
            Tempat : SKFRM
            Penyertaan : Semua Murid Tahun 6 2012

            Pengisian :
            1. Teknik menjawab mata pelajaran BM, Sains, BI dan Matematik.
            2. Motivasi
            3. Riadhah
            4. Kuliah Maghrib / Subuh - Penilaian PAFA

            Program Kecemerlangan UPSR 2012

            Jutaan penghargaan kepada:
            1. Pentadbiran sekolah
            2. Guru-guru Tahun 6 dan guru-guru yang terlibat
            3. Kantin SKFRM
            4. PIBG

            21 June 2012

            Kem Kecemerlangan UPSR PKP Padang Besar 2012

            Anjuran : JPN Perlis dan CIMB

            Pelaksanaan:
            • Kem 1 - Murid Potensi Cemerlang (22 - 24 Jun 2012) 100 murid.
            • Kem 2 - Murid Potensi Membantu Cemerlang (29 Jun - 1 Julai 2012) 100 murid.
            • Tempat - Dewan Felcra Lubuk Sireh, Perlis
            • Penginapan - Asrama Felcra Lubuk Sireh
            • Penceramah dan Fasilitator - Guru Mata Pelajaran Sekolah-sekolah SK PKP Padang Besar
            • Urusetia - Guru BK Sekolah-sekolah SK PKP Padang Besar
            • Penyelaras - Guru Besar SK PKP Padang Besar

            25 May 2012

            5 Tips Belajar Masa Cuti Sekolah


            1- Buat jadual belajar masa cuti sesuai dengan keperluan anda.
            2- Beri tumpuan kepada aktiviti mengulangkaji pelajaran yang anda anggap susah.
            3- Buat kerja sekolah dengan rakan melalui perbincangan kumpulan.
            4- Layari laman sesawang (laman web) pendidikan untuk menambah pengetahuan.
            5- Baca novel atau komik kesukaan anda untuk mengurangkan tekanan atau bebanan kerja sekolah sambil berseronok.

            http://psskrau1raub.blogspot.com/2011/06/5-tips-belajar-masa-cuti-sekolah.html

            24 May 2012

            Panduan Belajar Semasa Cuti

            Justeru itu, saya kongsikan bersama adik-adik beberapa tip belajar semasa cuti sekolah agar anda tidak menghabiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan bermanfaat.

            Perlu diingatkan di sini, tip ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM sebagai persediaan awal sebelum masuknya sesi baru persekolahan.

            Terdapat beberapa tip yang boleh anda amalkan semasa cuti sekolah ini. Antaranya ialah :

            1. Mengamalkan prinsip belajar “sedikit demi sedikit”

            Belajar dalam janka masa yang singkat, tetapi kerap dan berterusan. Contohnya pada musim cuti ini anda buat latihan matematik selama 30 minit dan ulangkaji atau buat latihan bahasa inglish selama satu jam setiap pagi.

            2. Siapkan semua kerja sekolah yang diberikan

            Saya percaya sebelum anda cuti, guru-guru anda telah memberi kerja sekolah untuk disiapkan pada waktu cuti ini. Oleh itu, jangan tangguh lagi!!! Jika tidak mampu menyiapkannya sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang minggu pertama cuti sekolah. Sebaiknya anda buatkan jadual waktu belajar.

            3. Menyemak nota-nota

            Jangan lupa untuk menyemak nota-nota anda setiap hari. Jika terdapat nota yang tidak lengkap, anda harus kemaskini dengan segera. Anda juga boleh merujuk kepada nota-nota kawan yang telah lengkap atau merujuk kepada buku rujukan. Apabila nota anda sudah lengkap, ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada tahun hadapan.

            4. Menjawab soalan berformat UPSR, PMR, SPM, STAM atau STPM.

            Ambillah kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPSR, PMR, SPM, STAM atau STPM. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut. Antara set soalan yang boleh anda jawab ialah koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Bertanyalah pada kekawan untuk mendapatkan set-set soalan tersebut.

            5. Tubuhkan kumpulan belajar

            Banyak faedah apabila belajar secara berkumpulan. Antaranya ialah boleh berkongsi ideadan maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, anda juga boleh melakukan perbincangan dan membuat nota ringkas mengikut topik yang telah ditetapkan.

            6. Membaca bahan bacaan tambahan

            Anda boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya.

            Akhir kalam dari saya semoga anda menggunakan masa cuti sekolah ini sebaik mungkin. Jangan membazirkan masa anda dengan melepak, berkunjung ke pusat-pusat game dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri anda. Semoga anda berjaya pada masa akan datang.

            Sebelum saya akhiri kalam ini, saya ingin berpesan kepada para ibu bapa agar awasilah pergerakkan anak anda untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

            “SELAMAT BERCUTI……………….”

            Wallahu a’lam.

            Sumber dari http://ibnismail.wordpress.com/2010/11/19/tip-belajar-semasa-cuti-sekolah/

            7 May 2012

            Lawatan Murid Tak Hadir Kesekolah

            Pagi tadi, GPK HEM, Pn Hadijah buat lawatan ke rumah empat murid-murid SKFRM yang tak hadir ke sekolah. Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah guru disiplin, guru pemulihan selaku wakil PIBG dan saya sendiri.

            Antara tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat sendiri keadaan suasana kediaman murid-murid, bertemu secara mesra, berbincang dan  menyerahkan surat amaran.

            Saya selaku seorang guru, amat sedih melihat keadaan kediaman murid-murid tersebut. Anak-anak hidup dalam suasana yang daif, tiada suasana iklim belajar dan yang penting ialah ibu bapa tidak memberi perhatian serius terhadap pelajaran anak-anak.


            4 May 2012

            Kem Motivasi UPSR 2012

            Tarikh : 3 Mei 2012 (Khamis)
            Masa : 8.00 Pagi ~ 6.00 Petang
            Tempat : IPGM Kampus Perlis
            Penyertaan : 34 Murid SKFRM

            Jarak dari SKFRM : 37 KM
            Pengangkutan : Bas JPN Perlis

            Aktiviti:
            1. Ceramah Motivasi I
            2. Ceramah Motivasi II
            3. LDK

            Guru Pengiring:
            1. En Mohd Shahida
            2. YM Ku Fithri
            3. Pn Fatimah

            Kem ini ialah Kem Motivasi yang dianjurkan oleh gabungan PIBG SK Panggas, SK Felda Rimba Mas dan SK Bukit Keteri dengan kerjasama Jabatan Kaunseling IPGM Kampus Perlis serta JPN Perlis.

            Saya, selaku GBK LS memohon beribu maaf kerana pada tarikh yang sama saya terlibat dalam Bengkel Penyediaan Instrumen KSSR Pendidikan Islam Tahun 2 di JPN Cawangan.

            23 March 2012

            Lawatan Nazir - Pemantauan UBK

            Sempena lawatan menyeluruh JNJK Kebangsaan selama seminggu (19-23 Mac) di SKFRM ini, Unit BK tidak terkecuali dari dinilai dan dipantau secara menyeluruh.

            Pemantauan dan penilaian mengambil kira semua aspek pelaksanaan Unit BK sejak tahun 2009, 2010 dan 2011.

            Amat menyedihkan, kerana Unit BK SKFRM sebelum ini tidak menyediakan dokumentasi yang lengkap bagi tahun-tahun tersebut.

            Saya, selaku guru bimbingan baru di sekolah ini amat "tension" untuk menyediakan dan melengkapkan kritera yang dikehendaki oleh pihak JNJK. Mana nak dapatkan maklumat-maklumat bagi tahun-tahun tersebut?

            Saya hanya jawab "SAYA GURU BARU DI SEKOLAH INI" he he he....

            Walau bagaimanapun, pihak JNJK memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kepada pihak JNJK di atas bimbingan yang telah diberikan.

            Pihak JNJK memaklumkan bahawa lawatan susulan akan dilakukan selepas 3 bulan yang akan datang.

            21 February 2012

            Skala Perkembangan Murid (Standard Prestasi Prasekolah)

            Sebagai seorang GPI (Guru Pendidikan Islam) yang mengajar Prasekolah saya perlu mengetahui item-item pentaksiran prasekolah. Ini akan memudahkan pengesanan penguasaan kemahiran yang telah ditetapkan.

            Berikut adalah pautan dokumen Standard Prestasi Prasekolah
            <Klik Saya>

            Sumber dokumen: kedah.edu.my

            22 January 2012

            Perjumpaan Ibubapa / Waris Tahun 6 2012

            Tarikh : 20 Januari 2012 (Jumaat)
            Tempat : Makmal Komputer SKFRM
            Masa : 8.30 ~ 11.30 Pagi

            Aturcara:
            1. Ucapan Guru Besar
            2. Pembentangan Prestasi Murid
            3. Ceramah Motivasi
            4. Aku Janji Murid
            5. Perbincangan

            10 January 2012

            Statistik Kelas dan Murid SKFRM

            Statistik pada 10 Januari 2012 (Murid Pendidikan Islam)

            Bilangan Kelas : 9 + Prasekolah = 10 Kelas
            Bilangan Semua Murid Islam termasuk Prasekolah adalah seperti di bawah:


            Layakkah SKFRM mendapat Guru Kaunseling Sepenuh Masa???  

            BERI KOMEN pada "comments" di bawah

            4 January 2012

            Mesyuarat Pengurusan SKFRM Kali 1 2012

            SK Felda Rimba Mas, Perlis (SKFRM) telah mengadakan mesyuarat pengurusan pertamanya pada 2 Januari, iaitu kelmarin. Semua guru hadir. 10 orang adalah guru baharu -  hampir semuanya adalah guru "re-deployment" JPN,  keluar 7 - 10 masuk, termasuklah saya.

            Saya adalah Guru Pendidikan Islam, mengajar Pendidikan Islam Teras, Tahun 1KSSR, Tahun 2KSSR, Tahun 4, Tahun 5 dan juga Prasekolah. Jumlah waktu mengajar ialah 31 waktu seminggu, bersamaan 930 minit (Pendidikan Islam = 24 waktu, Prasekolah = 4 waktu, Tasmik = 2 waktu dan Perhimpunan = 1 waktu).

            Yang paling best, saya dilantik sebagai Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. SuD'ah itu kehendak pentadbiran - terima ja la - malas nak bising-bising.

            Harap-harap pihak sekolah faham bahawa saya BUKAN guru bimbingan dan kaunseling SEPENUH MASA.
            Harap-harap pihak JPN&JNJK pun tentu memahami. Faham-faham lee...

            Maka, akan bermulalah catatan saya sebagai guru B&K.....

            Perlukah aku  buat sesuatu...????  SILA BERI KOMEN kat "comments" di bawah.