25 May 2012

5 Tips Belajar Masa Cuti Sekolah


1- Buat jadual belajar masa cuti sesuai dengan keperluan anda.
2- Beri tumpuan kepada aktiviti mengulangkaji pelajaran yang anda anggap susah.
3- Buat kerja sekolah dengan rakan melalui perbincangan kumpulan.
4- Layari laman sesawang (laman web) pendidikan untuk menambah pengetahuan.
5- Baca novel atau komik kesukaan anda untuk mengurangkan tekanan atau bebanan kerja sekolah sambil berseronok.

http://psskrau1raub.blogspot.com/2011/06/5-tips-belajar-masa-cuti-sekolah.html

24 May 2012

Panduan Belajar Semasa Cuti

Justeru itu, saya kongsikan bersama adik-adik beberapa tip belajar semasa cuti sekolah agar anda tidak menghabiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan bermanfaat.

Perlu diingatkan di sini, tip ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM sebagai persediaan awal sebelum masuknya sesi baru persekolahan.

Terdapat beberapa tip yang boleh anda amalkan semasa cuti sekolah ini. Antaranya ialah :

1. Mengamalkan prinsip belajar “sedikit demi sedikit”

Belajar dalam janka masa yang singkat, tetapi kerap dan berterusan. Contohnya pada musim cuti ini anda buat latihan matematik selama 30 minit dan ulangkaji atau buat latihan bahasa inglish selama satu jam setiap pagi.

2. Siapkan semua kerja sekolah yang diberikan

Saya percaya sebelum anda cuti, guru-guru anda telah memberi kerja sekolah untuk disiapkan pada waktu cuti ini. Oleh itu, jangan tangguh lagi!!! Jika tidak mampu menyiapkannya sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang minggu pertama cuti sekolah. Sebaiknya anda buatkan jadual waktu belajar.

3. Menyemak nota-nota

Jangan lupa untuk menyemak nota-nota anda setiap hari. Jika terdapat nota yang tidak lengkap, anda harus kemaskini dengan segera. Anda juga boleh merujuk kepada nota-nota kawan yang telah lengkap atau merujuk kepada buku rujukan. Apabila nota anda sudah lengkap, ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada tahun hadapan.

4. Menjawab soalan berformat UPSR, PMR, SPM, STAM atau STPM.

Ambillah kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPSR, PMR, SPM, STAM atau STPM. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut. Antara set soalan yang boleh anda jawab ialah koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Bertanyalah pada kekawan untuk mendapatkan set-set soalan tersebut.

5. Tubuhkan kumpulan belajar

Banyak faedah apabila belajar secara berkumpulan. Antaranya ialah boleh berkongsi ideadan maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, anda juga boleh melakukan perbincangan dan membuat nota ringkas mengikut topik yang telah ditetapkan.

6. Membaca bahan bacaan tambahan

Anda boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya.

Akhir kalam dari saya semoga anda menggunakan masa cuti sekolah ini sebaik mungkin. Jangan membazirkan masa anda dengan melepak, berkunjung ke pusat-pusat game dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri anda. Semoga anda berjaya pada masa akan datang.

Sebelum saya akhiri kalam ini, saya ingin berpesan kepada para ibu bapa agar awasilah pergerakkan anak anda untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

“SELAMAT BERCUTI……………….”

Wallahu a’lam.

Sumber dari http://ibnismail.wordpress.com/2010/11/19/tip-belajar-semasa-cuti-sekolah/

7 May 2012

Lawatan Murid Tak Hadir Kesekolah

Pagi tadi, GPK HEM, Pn Hadijah buat lawatan ke rumah empat murid-murid SKFRM yang tak hadir ke sekolah. Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah guru disiplin, guru pemulihan selaku wakil PIBG dan saya sendiri.

Antara tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat sendiri keadaan suasana kediaman murid-murid, bertemu secara mesra, berbincang dan  menyerahkan surat amaran.

Saya selaku seorang guru, amat sedih melihat keadaan kediaman murid-murid tersebut. Anak-anak hidup dalam suasana yang daif, tiada suasana iklim belajar dan yang penting ialah ibu bapa tidak memberi perhatian serius terhadap pelajaran anak-anak.


4 May 2012

Kem Motivasi UPSR 2012

Tarikh : 3 Mei 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi ~ 6.00 Petang
Tempat : IPGM Kampus Perlis
Penyertaan : 34 Murid SKFRM

Jarak dari SKFRM : 37 KM
Pengangkutan : Bas JPN Perlis

Aktiviti:
1. Ceramah Motivasi I
2. Ceramah Motivasi II
3. LDK

Guru Pengiring:
1. En Mohd Shahida
2. YM Ku Fithri
3. Pn Fatimah

Kem ini ialah Kem Motivasi yang dianjurkan oleh gabungan PIBG SK Panggas, SK Felda Rimba Mas dan SK Bukit Keteri dengan kerjasama Jabatan Kaunseling IPGM Kampus Perlis serta JPN Perlis.

Saya, selaku GBK LS memohon beribu maaf kerana pada tarikh yang sama saya terlibat dalam Bengkel Penyediaan Instrumen KSSR Pendidikan Islam Tahun 2 di JPN Cawangan.