1. Lafaz niat solat qasar serta jama’ Zuhur dan Asar Jama’ Taqdim (dalam waktu Zuhur) :
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعَصْرُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Asar pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلىَ الظُّهْرِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepada Zuhur tunai kerana Allah Taala)
2. Lafaz niat solat jama’ Maghrib dan Isyak serta qasar Isyak Jama’ Taqdim (dalam waktu Maghrib) :
أُصَلِّي فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعِشَاءُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat
dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala)
Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Isyak pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلىَ الْمَغْرِبِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepada Maghrib tunai kerana Allah Taala)
3. Lafaz niat solat qasar serta jama’ Zuhur dan Asar Jama’ Ta’khir (dalam waktu Asar) :
أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الظُّهْرُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepadanya Zuhur tunai kerana Allah Taala)
Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Zuhur pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلىَ الْعَصْرِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
4. Lafaz niat solat jama’ Maghrib dan Isyak serta qasar Isyak Jama’ Ta’khir (dalam waktu Isyak) :
أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْمَغْرِبُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah Taala)
Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Maghrib pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلىَ الْعِشَاءِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat
dihimpunkan kepada Isyak tunai kerana Allah Taala)
Wallaahu A'lam.
10 October 2012
8 October 2012
Adab Rehlah
Pengertian
Rehlah ialah pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat. Ianya dianggap sebagai melancong, mengembara, berkhemah, menjelajah, atau melawat. Aktiviti rehlah juga boleh dilakukan ke mana sahaja. Antara tempat yang boleh dilakukan aktiviti rehlah ialah di kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, pulau peranginan dan sebagainya.
Pernahkah anda pergi berehlah? Di manakah destinasi rehlah anda? Adakah anda rasa seronok? Di manakah destinasi rehlah yang ingin kamu pergi?
Adab-adab Ketika Rehlah
Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Rehlah
Hikmah Beradab Ketika Rehlah
http://amsyar-zharfan.blogspot.com/2011/12/adab-rehlah.html
Rehlah ialah pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat. Ianya dianggap sebagai melancong, mengembara, berkhemah, menjelajah, atau melawat. Aktiviti rehlah juga boleh dilakukan ke mana sahaja. Antara tempat yang boleh dilakukan aktiviti rehlah ialah di kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, pulau peranginan dan sebagainya.
Pernahkah anda pergi berehlah? Di manakah destinasi rehlah anda? Adakah anda rasa seronok? Di manakah destinasi rehlah yang ingin kamu pergi?
Adab-adab Ketika Rehlah
- Berhati-hati memilih tempat.
- Pilih tempat yang sesuai dan selamat.
- Berpakaian sopan dan menutup aurat.
- Jauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat.
- Rehlah kerana Allah Taala.
- Sentiasa berwaspada terhadap keselamatan ketika melakukan aktiviti rehlah.
- Menjaga maruah diri dan keluarga.
- Menjaga kelakuan. Jangan menonjolkan perangai buruk anda.
Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Rehlah
- Bergaul bebas
- Memakai pakaian yang mendedahkan aurat
- Mengotorkan tempat rehlah
- Merosakkan harta benda awam
- Melakukan perbuatan maksiat
- Tidak menghormati budaya di tempat rehlah
- Membuat bising ketika melakukan lawatan ke muzium.
- Melakukan kerosakan atau mengubahsuai tempat rehlah.
- Melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
- Menggunakan bahasa yang kasar semasa bercakap.
Hikmah Beradab Ketika Rehlah
- Mendapat keredhaan dan rahmat Allah.
- Memelihara keselamatan dan maruah diri.
- Mengambil iktibar daripada ciptaan Allah.
- Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah.
http://amsyar-zharfan.blogspot.com/2011/12/adab-rehlah.html
8 September 2012
Teknik Menjawab dan Latih Tubi UPSR 2012
Tarikh : 7 September 2012
- Sains - Cikgu Fauzi (GC Sains)
- Bahasa Melayu - Cikgu Rosli
- Bahasa Inggeris - Cikgu Sri Rahayu
- Matematik - Cikgu Razak
Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR 2012
Tarikh : 6 September 2012 ~ 19 Syawal 1433
Hari : Khamis
Masa : 7.45 ~ 9.30 Malam
Tempat : Masjid Al-Mustaqim, Felda Rimba Mas, Perlis
Anjuran :
Hari : Khamis
Masa : 7.45 ~ 9.30 Malam
Tempat : Masjid Al-Mustaqim, Felda Rimba Mas, Perlis
Anjuran :
- Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SKFRM 2012
- PIBG SKFRM
- Solat Maghrib
- Bacaan Yasin
- Solat Isyak
- Solat Hajat
- Ucapan Guru Besar
- Jamuan
- Imam Md Khir bin Said - Imam 1 Masjid Al-Mustaqim
- Ibubapa Murid tahun 6 2012
- Semua yang terlibat
3 September 2012
31 August 2012
MERDEKARAYA 2012
Sambutan Ambang Merdeka 55 dan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah
Tarikh : 30 Ogos 2012 (Khamis)
Aturcara:
Tarikh : 30 Ogos 2012 (Khamis)
Aturcara:
- Ucapan Guru Besar
- Kibar Jalur Gemilang
- Nyanyian Lagu-lagu Patriotik
- Mewarna
- Jamuan Hari Raya
29 August 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
