24 October 2012

Hari Keusahawanan SKfRM 2012

Tarikh : 24 Oktober 2012
Tempat : Dewan Terbuka, SK Felda Rimba Mas, Perlis
Masa : 9.45 ~ 11:45 pagi
Anjuran : Panitia Kemahiran Hidup
Disempurnakan oleh : Tuan GB SKfRM


23 October 2012

Ihtifal Program Bina Juara-juara SPI Perlis 2012

Tarikh : 22 Oktober 2012 (Isnin)
  • Mesyuarat JK Kerja PBJJ 2012
  • Hantar design Banner dan Cover Buku Program
  • Majlis akan berlangsung pada - 3 November 2012 (Sabtu), SK Tambun Tulang. 
 

22 October 2012

BIG PJJ PPG Ambilan 2011

Tarikh : 19 dan 20 Oktober 2012 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat : SK Felda Rimba Mas, 02100 Padang Besar, Perlis
  • Perkhemahan Unit Beruniform SKFRM 2012
  • Memenuhi kehendak BIG PJJ PPG Ambilan 2011
  • Kumpulan 16 - Ghafri Puteh + Zaini Khalili + Rodhi Hamid
Terimakasih kepada pihak pengurusan SKFRM dan guru-guru.
"Saaaaaayang Semua...."

16 October 2012

JU Pendidikan Islam KSSR Tahun 3 2013

Tarikh : 16 hingga 18 Oktober 2012
Tempat : PKG Jejawi, d/a SK Jejawi, 02600 Arau, Perlis
  • Bengkel Pemurnian RPT KSSR PI T3 2013
  • Bengkel Pemurnian RPH KSSR PI T3 2013
  • Bengkel Pemurnian Instrumen KSSR PI T3 2013

15 October 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Tarikh: 15 hingga 19 Oktober 2012
  • Selamat menghadapi peperiksaan - Buat Habis Baik

14 October 2012

Lawatan Ke Cameron Highland

Alhamdulillah...
Selamat pergi dan balik.
First-time jadi ketua rombongan.
Tahniah kepada guru-guru.
Tahniah kepada pelajar.
Lain kali kita pi lagi...


Tempat lawatan:
  • 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Taman Strawberi, Bee Farm, Makan Petang kat Tanah Rata, Check-In, Pasar Malam Brinchang.
  • 14 Oktober 2012 (Ahad)
Sarapan kat Brinchang, Mardi Park, Beli Sayur, Buteterfly Park, Bee Farm, Cameronian Teh Plantation, Solat Kat Masjid Kg Raja.

10 October 2012

Lafaz Niat Solat Qasar dan Jama’

1.    Lafaz niat solat qasar serta jama’ Zuhur dan Asar Jama’ Taqdim (dalam waktu Zuhur) :

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعَصْرُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Asar pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلىَ الظُّهْرِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepada Zuhur tunai kerana Allah Taala)

2.    Lafaz niat solat jama’ Maghrib dan Isyak serta qasar Isyak Jama’ Taqdim (dalam waktu Maghrib) :

أُصَلِّي فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعِشَاءُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat
dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala)

Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Isyak pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلىَ الْمَغْرِبِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepada Maghrib tunai kerana Allah Taala) 

3.    Lafaz niat solat qasar serta jama’ Zuhur dan Asar Jama’ Ta’khir (dalam waktu Asar) :

أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الظُّهْرُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepadanya Zuhur tunai kerana Allah Taala)

Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Zuhur pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلىَ الْعَصْرِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

4.    Lafaz niat solat jama’ Maghrib dan Isyak serta qasar Isyak Jama’ Ta’khir (dalam waktu Isyak) :

أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْمَغْرِبُ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat Qasar
dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah Taala)

Setelah selesai memberi salam hendaklah segera solat Maghrib pula.
Inilah lafaz niatnya:
أُصَلِّي فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلىَ الْعِشَاءِ أَدَاءً للهِ تَعَالىَ.
(Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat
dihimpunkan kepada Isyak tunai kerana Allah Taala)

Wallaahu A'lam.

8 October 2012

Adab Rehlah

Pengertian

Rehlah ialah pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat. Ianya dianggap sebagai melancong, mengembara, berkhemah, menjelajah, atau melawat. Aktiviti rehlah juga boleh dilakukan ke mana sahaja. Antara tempat yang boleh dilakukan aktiviti rehlah ialah di kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, pulau peranginan dan sebagainya.

Pernahkah anda pergi berehlah? Di manakah destinasi rehlah anda? Adakah anda rasa seronok? Di manakah destinasi rehlah yang ingin kamu pergi?

Adab-adab Ketika Rehlah
  • Berhati-hati memilih tempat.
  • Pilih tempat yang sesuai dan selamat.
  • Berpakaian sopan dan menutup aurat.
  • Jauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat.
  • Rehlah kerana Allah Taala.
  • Sentiasa berwaspada terhadap keselamatan ketika melakukan aktiviti rehlah.
  • Menjaga maruah diri dan keluarga.
  • Menjaga kelakuan. Jangan menonjolkan perangai buruk anda.

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Rehlah
  • Bergaul bebas
  • Memakai pakaian yang mendedahkan aurat
  • Mengotorkan tempat rehlah
  • Merosakkan harta benda awam
  • Melakukan perbuatan maksiat
  • Tidak menghormati budaya di tempat rehlah
  • Membuat bising ketika melakukan lawatan ke muzium.
  • Melakukan kerosakan atau mengubahsuai tempat rehlah.
  • Melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Menggunakan bahasa yang kasar semasa bercakap.

Hikmah Beradab Ketika Rehlah
  • Mendapat keredhaan dan rahmat Allah.
  • Memelihara keselamatan dan maruah diri.
  • Mengambil iktibar daripada ciptaan Allah.
  • Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah.

http://amsyar-zharfan.blogspot.com/2011/12/adab-rehlah.html