23 March 2012

Lawatan Nazir - Pemantauan UBK

Sempena lawatan menyeluruh JNJK Kebangsaan selama seminggu (19-23 Mac) di SKFRM ini, Unit BK tidak terkecuali dari dinilai dan dipantau secara menyeluruh.

Pemantauan dan penilaian mengambil kira semua aspek pelaksanaan Unit BK sejak tahun 2009, 2010 dan 2011.

Amat menyedihkan, kerana Unit BK SKFRM sebelum ini tidak menyediakan dokumentasi yang lengkap bagi tahun-tahun tersebut.

Saya, selaku guru bimbingan baru di sekolah ini amat "tension" untuk menyediakan dan melengkapkan kritera yang dikehendaki oleh pihak JNJK. Mana nak dapatkan maklumat-maklumat bagi tahun-tahun tersebut?

Saya hanya jawab "SAYA GURU BARU DI SEKOLAH INI" he he he....

Walau bagaimanapun, pihak JNJK memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kepada pihak JNJK di atas bimbingan yang telah diberikan.

Pihak JNJK memaklumkan bahawa lawatan susulan akan dilakukan selepas 3 bulan yang akan datang.