22 January 2012

Perjumpaan Ibubapa / Waris Tahun 6 2012

Tarikh : 20 Januari 2012 (Jumaat)
Tempat : Makmal Komputer SKFRM
Masa : 8.30 ~ 11.30 Pagi

Aturcara:
1. Ucapan Guru Besar
2. Pembentangan Prestasi Murid
3. Ceramah Motivasi
4. Aku Janji Murid
5. Perbincangan

10 January 2012

Statistik Kelas dan Murid SKFRM

Statistik pada 10 Januari 2012 (Murid Pendidikan Islam)

Bilangan Kelas : 9 + Prasekolah = 10 Kelas
Bilangan Semua Murid Islam termasuk Prasekolah adalah seperti di bawah:


Layakkah SKFRM mendapat Guru Kaunseling Sepenuh Masa???  

BERI KOMEN pada "comments" di bawah

4 January 2012

Mesyuarat Pengurusan SKFRM Kali 1 2012

SK Felda Rimba Mas, Perlis (SKFRM) telah mengadakan mesyuarat pengurusan pertamanya pada 2 Januari, iaitu kelmarin. Semua guru hadir. 10 orang adalah guru baharu -  hampir semuanya adalah guru "re-deployment" JPN,  keluar 7 - 10 masuk, termasuklah saya.

Saya adalah Guru Pendidikan Islam, mengajar Pendidikan Islam Teras, Tahun 1KSSR, Tahun 2KSSR, Tahun 4, Tahun 5 dan juga Prasekolah. Jumlah waktu mengajar ialah 31 waktu seminggu, bersamaan 930 minit (Pendidikan Islam = 24 waktu, Prasekolah = 4 waktu, Tasmik = 2 waktu dan Perhimpunan = 1 waktu).

Yang paling best, saya dilantik sebagai Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. SuD'ah itu kehendak pentadbiran - terima ja la - malas nak bising-bising.

Harap-harap pihak sekolah faham bahawa saya BUKAN guru bimbingan dan kaunseling SEPENUH MASA.
Harap-harap pihak JPN&JNJK pun tentu memahami. Faham-faham lee...

Maka, akan bermulalah catatan saya sebagai guru B&K.....

Perlukah aku  buat sesuatu...????  SILA BERI KOMEN kat "comments" di bawah.